November 13, 2009

DUN Selangor 25 Zulkaedah = 13 November (Khamis):

Sidang seharian hari ini terdiri dari dua sesi, iaitu sesi menjawab solan lisan dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi, Sebanyak 15 soalan dikemukakan. Sebahagian daripada soalan sebenarnya tak diberi jawapan, oleh kerana penghantar soalan tidak hadir, terutama dari kalangan pembangkang (UMNO-BN), manakala bahagian kedua bahasan ke atas anggaran Bajet 2010.

Hampir semua ADUN dari Kerajaan dan Pembangkang diberi peluang bercakap. Dengan tujuan ini, maka waktu perbahasan ditambah sehingga jam 6.00 petang.

Hari ini tiada soalan lisan dari ADUN Bangi keluar, walau bagaimana ADUN sempat membuat dua soalan tambahan.

1) Soalan berhubung dengan prestasi pelancongan di negeri Selangor. Soalan asal dikemukakan oleh Y.B.Dato` Mohd Shamsudin bin Haji Alias (BN Sungai Burung) Bagi soalan terawal bagi hari ini ADUN Bangi adalah ADUN terawal mengemukakan soalan selepas jawapan dibuat oleh Exco Pelancongan Y.B. Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan)

No comments:

Post a Comment