November 6, 2009

Berapa Lama Sebuah Aduan Kecil Untuk Diambil Tindakan ?

BBB, 18 Zulkaedah = 6 November (Jumaat):

Pagi ini setiba ADUN di MPKj untuk menghadiri Mesyuarat Bajet MPKj 2010, ADUN menerima telefon berlaku kemalangan di jalan susur masuk ke Seksyen 16 di tepi traffic light semasa hujan dan air bertakung di tepi jalan rendah dan tersekat dari mengalir ke longkang di tepi jalan (Kepastian dibuat dari Stesyen Petrol Shell Seksyen 16 kemalangan berlaku sebanyak dua kali pada Rabu 4 November sahaja – tidak masuk kes-kes sebelumnya).

ADUN amat merasa kecewa aduan mengenai perkara ini telah dibawa ke Mesyuarat MPKj sejak tiga bulan yang lalu dan telah diminit dan disah dan perkara ini ADUN sebutkan kepada Dr. Tajul Ariffin Noordin yang tiba ke MPKj pagi ini. Menurut beliau perkara ini juga dibawa ke Mesyuarat bersama JKR. Bayangkan isu begitu kecil dan aduan telah dibuat hingga ke peringkat atas dan hingga kini belum diambil tindakan. Berapa lama satu-satu aduan untuk diambil tindakan ? Aduan ini adalah secara rasmi melalui Wakil Rakyat dan dibincang di MPKj dan JKR tidak dapat diselesaikan dalam kadar segera. Bagaimana dengan aduan dari rakyat biasa ? Apakah bila berlaku kematian baru tindakan hendak diambil ?

2 comments:

  1. Simpang 3 seksyen 4 berhampiran bulatan seksyen 4 juga berlaku kemalangan antara kereta dengan kereta pada hari hujan lebat minggu ni (hari Isnin?). Simpang 3 tu bahaya walaupun telah dibuat jalur kuning selepas aduan dibuat dalam blog pasbangi namun pemandu dari bulatan ke UKM masih memandu laju. Pemandu yang keluar dari seksyen 4 ke bulatan selalu jadii mangsa.

    ReplyDelete
  2. Kemalangan adalah kejadian diluarjangka dan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Selain dari faktor keadaan permukaan jalanraya dan cuaca serta sikap pemandu; ada lagi satu faktor yg sering diabaikan atau tidak diikuti sepenhunya atau mungkin kerana tidak faham ialah ketika hampir dengan bulatan.
    Sekiranya semua pembaca perhatikan bentuk bulatan yang dibuat sekarang ialah semua pemandu yang sampai ke bulatan dan hendak beluk kekiri atau jam 9 sepatutnya tidak perlu berhenti. Manakala yang hendak pergi terus atau jam 12 hendaklah berhenti dahulu sebelum masuk bulatan serta manakala sampai ke hujung bulatan tidak boleh masuk ke lorong kiri. InsyaAllah sekiranya semua memahami teknik ini kesesakan akan dapat dikurangkan.

    ReplyDelete