October 17, 2009

Turun Padang Sebar `handbill` Hari Terbuka

Taman Jasmin, 26 Syawal = 15 Oktober (Khamis):
ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar dan Ahli Parlimen Serdang Sdri.Teo Nie Ching turun ke Pasar Malam Taman Jasmin bersama pembantu-pembantu masing-masing sejak 6.00 petang menyampaikan `handbill` kepada pengunjung-pengunjug pasar malam tersebut.

Turut dihadiahkan bersama `handbill` ialah ` face mask` bagi mencegah H1N1 secara percuma. 'Handbill' memaklum dan menjemput semua, khususnya warga DUN Bangi dan Serdang ke Hari Terbuka Idul Fitri – Anjuran bersama Ahli Parlimen Serdang dan ADUN Bangi pada hari Ahad 18 Oktober, mulai jam 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di Kompleks Sukan , Seksyen 15 Bandar Baru Bangi .

Pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat, Pegawai-Pegawai Jabatan, Ahli MPKj, Penghulu-penghulu dan Ketua-Ketua kampong turut dijemput hadir. Sebanyak 1,000 'handbill' dan `face mask` berjaya diedarkan menjelang waktu maghrib.

Edaran 'handbill' dan 'face mask' juga dilakukan di Pasar Malam Seksyen 4 berhampiran Surau al-Kauthar pada petang Hari Jumaat 16 Oktober di Ketuai ADUN Bangi dan ahli-ahli cawangan setempat.


Pagi Sabtu 17 Oktober turun secara besar-besaran ADUN bersama kakitangan Pejabat ADUN, ahli-ahli Muslimat, ahli-ahli cawangan setempat dan wakil-wakil DAP menyebarkan handbill di Pasar Sungai Chua.


Petang 17 Oktober ADUN bersama ahli-ahli PAS dari Cawangan Seksyen 16, Cawangan Council Home dan turut dibantu AJK Peniaga Pasar Malam menyampaikan handbill dan face mask kepada peniaga dan pengunjung Pasar Malam Seksyen 16.


No comments:

Post a Comment