October 2, 2009

Tahukah Anda ?

MPKj, 11 Syawal = 30 Sept. (Rabu)Alam Flora adalah syarikat induk yang mengurus pemungutan sampah di bawah MPKj di Hulu Langat dan tempat lain. Tahukah anda ? Terdapat sebanyak 426 kontrektor kecil yang mengendalikan pemungutan sampah atas nama Alam Flora. Kontrektor kecil ini mempunyai modal antara RM5,000/= hingga ke RM50,000/=. Walaupun tujuan asal untuk memberi peluang kepada ramai kontrektor mendapat peluang pekerjaan sebagai kontrekor, implikasinya merugikan perkhidmatan kepada penduduk. Ini ialah kerana kontraktor-kontraktor kecil tidak mempunyai modal untuk membeli peralatan bagi memberi khidmat terbaik. Misalnya tidak mempunyai lori bagi pengangkutan dan peralatan-peralatan lain bagi perkhidmatan dan mempunyai tenaga kerja yang terhad, sebab itu mutu perkhidmatan adalah rendah. Di dalam persidangan MPKj ADUN Bangi bertanya dan mencadangkan, `` Tidakkah wajar dikecilkan jumlah kontrektor yang benar-benar berkemampuan agar mereka dapat memberi khidmat yang lebih baik ? ``.Menurut YDP MPKj, memang cadangan dibuat bagi memberi kontrak kepada yang mempunyai modal antara RM30,000/= hingga RM50,000/= diberi peluang menjadi kontraktor. Jumlah kontraktor yang mempunyai modal sedemikian adalah 74 sahaja. Dengan jumlah ini dan dengan modal yang agak baik diharapkan perkhidmatan yang dapat diberi lebih memuaskan penduduk. Cadangan juga dibuat supaya Alam Flora sebagai syarikat induk mempasti dan memantau kontraktor-kontraktor kecil ini memberi perkhidmatan yang baik, tidak semata-mata mengaut keuntungan. Sebarang kontraktor yang tidak memuaskan hendaklah 'diterminate'. Bahkan Alam Flora sendiri hendaklah dipantau oleh MPKj, jika perkhidmatan tidak memuaskan hendaklah dipotong atau digantung bayaran dan jika tidak 'perform',Wajar 'diterminate' dan digantikan dengan syarikat yang lain.

No comments:

Post a Comment