October 19, 2009

Sambutan Idul Fitri Serdang Berjaya

Kompleks Sukan BBB, 29 Syawal = 18 Oktober (Ahad):

(Pengarah Jamuan; Us. Shafie Ngah menyambut ketibaan tetamu dari Sri Lanka*tengah)

(Sesi Kuiz mendapat sambutan terhangat semalam)

(Yb Teo Nie Ching bersama meraikan jamuan)

(Ybhg. Dr. Samsuri, Setiausaha Politik Presiden PAS)

Sambutan Idul Fitri anjuran bersama ADUN Bangi dengan YB Sdri. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang berlangsung dengan jayanya. Majlis yang dijadualkan bermula jam 2.00 petang, telah berlangsung seawal jam 1.00 tengahari berikutan orang ramai mulai membanjiri kompleks Sukan di Seksyen 15. Lebih dari 10,000 datang memeriahkan sambutan yang disediakan dengan lebih dari 20 menu oleh 40 cawangan di Serdang.

Antara VIP yang datang ialah Ybhg. Dr. Samsuri, Setiausaha Politik Presiden PAS yang mewakili Presiden, YB Tuan Ean Yong Hian Wah Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, YDP MPKj Dato` Hassan Nawawi dan Timbalannya Tuan Haji Abdullah bin Marjunid, Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat Tuan Haji Zainal Abidin bin A`la dan Timbalannya En. Zulkefli bin Khalid dan YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi Dr. Tajul Ariffin Noordin.

Berucap mengalu-ngalukan kehadiran pengunjung ialah ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar dan Ahli Parlimen Serdang YB Sdri. Teo Nie Ching. Dr. Samsuri yang tiba sebelah petang dijemput khas berucap mewakili Datuk Seri Presiden.

Majlis dimeriahkan dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak oleh ADUN dan Ahli Parlimen. Tuan Haji Hamzah Osman pula mengendalikan kuiz dengan mengemukakan soalan-soalan kepada hadirin yang bersesak ke hadapan majlis untuk turut mengambil bahagian menjawab soalan.

Berbagai-bagai jenis soalan dikemukakan kepada pengunjung dari soal politik, tokoh, peristiwa semasa, tarikh-tarikh, mengemukakan barang-barang yang menjadi bahan tekaan, jenama barangan, angka-angka dan sebagainya. Sebanyak 70 hamper disampaikan kepada yang memberi jawapan yang betul.

Kuiz menarik minat pengunjung. Terima kasih kepada hadirin yang datang memeriahkan sambutan dan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan sambutan.

No comments:

Post a Comment