October 2, 2009

Pencemaran Dari Projek Penyaluran Air dari Pahang Ke Hulu Langat

MPKj, 11 Syawal = 30 Sept. (Rabu):

Ahli Majlis diberitahu projek penyaluran air dari Pahang ke Hulu Langat yang menelan belanja RM 4.3 bilion tidak terkawal dan mengakibatkan banjir lumpur. Laluan yang dikorek 200 meter dari Sungai Congkak menyebabkan sungai berkenaan diancam pencemaran. Pihak berkenaan perlu mengambil perhatian agar pencemaran dapat dihentikan.

Pembinaan loji dan tangki air di Sungai Long dan penanaman paip air bersaiz besar dari Bandar Mahkota ke Sungai Besi akan mengganggu lalu lintas dan banyak kerosakan jalan dan landscape. Pihak pemaju diharap mengambil tindakan bagi mengurangkan permasalahan.

Lebih dari itu, Ahli-ahli Majlis diminta turun padang melihat sendiri permasalahan, membuat cadangan dan mengambil tindakan mengatasi.

No comments:

Post a Comment