October 17, 2009

Menghadiri Jemputan Hari Raya Idul Fitri

11.30 (Khamis) 26 Syawal = 15 Oktober

ADUN menghadiri jemputan Hari Raya bertempat di Pekarangan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Tuan Hj. Mohd Amin B. Hj. Hussin Pegawai Tadbir Agama selaku tuan rumah sibuk melayan tetamu antaranya, YB Tuan Khasim Bin Abdul Aziz ADUN Lembah Jaya, Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat Hj. Zainal Abidin Bin A`la, pegawai-pegawai, Nazir-nazir dan ketua-ketua kampung.

Satu jam kemudian, ADUN bergerak ke Pejabat Grand Saga di Batu 9, Jalan Cheras menghadiri jamuan Hari Raya di sana. Tiba di sini, ADUN tidak sebagaimana biasa disambut oleh Pengarahnya Haji Zainal Abidin. Bila ditanya kakitangan, ADUN diberitahu beliau telah meninggal tiga bulan yang lalu.

Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment