September 4, 2009

Sidang Perak Yang Dihalang

Adalah lanjutan tragedi hitam

Episode Februari-Mac 2009

Mengetuk minda dan ingatan

Rampasan mafia berpetualang

Sekatan dan tahanan hari ini

Mencanang gema gelombang

Memantul ke dinding sejarah

Pecah bertabur hablur bimbang

Berlakar terakam titik hitam.


Sidang yang terencat

Gema yang menggugat

Ketenteraman yang memerintah

Bukan dari mandate rakyat

Makin tersudut oleh asakan

Kekalahan demi kekalahan


Pilihanraya itu bukan lagi keberanian

Tapi bertukar kepada ketakutan

Wajah bengis dan garang

Bertukar pucat dan bimbang

Sifat agresif dan ofensif

Bertukar defensive dan defeative

Cabaran anak jantan


Hendaklah berjawab secara pahlawan

Sanggup bertentang secara berdepan

Bukan memperalat berbagai agensi

Hingga nyawa dan maruah dipersiakan

Ingat rakyat sedang memerhati

Dari lingkungan gelanggang

Mereka adalah hakim dan juri

Menjatuhkan hukuman !

Shafie Abu Bakar,

Bangi,

12 Ramadhan 1430

02 September 2009.

No comments:

Post a Comment