September 8, 2009

Kariah Prihatin

Teras Jernang, 16 Ramadhan = 06 September (Ahad):

Tatkala menghadiri Majlis penyampaian bantuan kepada faqir miskin di kariah Teras jernang, ADUN Bangi mengucapkan syabas dan terima kasih di atas kesungguhan Ketua Kampung Encik Syukur Jantan dan JKK yang sering mendapat tajaan dari berbagai pihak melaksanakan kebajikan di Kampung Teras Jernang. Sehubungan itu, pada hari ini diadakan majlis penyampaian bantuan kepada faqir miskin dan anak-anak sekolah.

Peruntukan yang didapati agak banyak hingga mampu memberi bantuan kepada setiap orang RM200 di samping barangan. Jumlah penerima adalah 50 orang. Tajaan ini diterima dari penduduk setempat dan dari dana JKK. Antara mereka yang datang meraikan majlis penyampaian selain En. Syukur ialah, Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj, Datuk Hj. Rusli Muhibbat Bekas Penghulu dan Ustaz Bashir Alias Nazir Masjid al-Salihin, Teras Jernang. Pada majlis ini juga diumumkan penajaan bantuan bulanan kepada dua orang pelajar miskin, tetapi maju dalam pelajaran dari Sekolah Menengah Jalan Dua, Bandar Baru Bangi. Mereka ialah Muhammad Amirul Faiz bin Nur Azmi dan Nur Farah Nurul Ain. Difahamkan penaja ialah seorang Profesor dari Jabatan Psikologi, UKM.

1 comment: