August 19, 2009

Perwakilan Serdang Ke Penamaan Calon




Permatang Pasir, 26 Sya`ban = 17 Ogos: Perwakilan dari Serdang turut sama mengiringi calon PR dari PAS Haji Mohd Salleh bin Man ke Pusat penamaan calon di Kompleks Belia di sini. Perwakilan diketuai YDP PAS Serdang yang juga ADUN Bangi disertai sama Sdr. Azmi Ahmad, Sdr. Syukur Atan dan Sdr. Azizi. Turut sama datang dengan kenderaan lain ialah Ungku Faizal bersama sahabatnya dari Bukit Mahkota. Perwakilan yang bertolak seawall 1.30 pagi tiba menjelang subuh di Permatang Pauh. Selepas bersembahyang Subuh di Masjid di situ, terus bertolak ke tempat penamaan calon. ADUN berkesempatan menyambut dan bersalam dengan calon di samping bertemu dengan beberapa pemimpin seperti YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor YB Dato` Seri Nizar dan pimpinan-pimpinan yang lain.

Perarakan mengiringi calon oleh penyokong-penyokong Pas berjumlah 5,000 orang, bermula dari jam 9.00 pagi disulami dengan takbir, manakala pengiring bagi calon UMNO Rohaizat bin Othman dikatakan tidak sampai satu ribu orang. Pengumuman penerimaan calon PAS dan UMNO dibuat jam 11.30 yang berikutnya perhimpunan di luar pintu masuk pun bersurai. Rombongan bertolak ke rumah gerakan kempen Pas bertempat di Lorong Petani, Indera Muda, Permatang Pasir. Terdapat empat buah rumah disewakan untuk pasukan dari Selangor, termasuk bagi muslimat. Pada sebelah petang YB Dato` Dr. Hassan Ali PJ & Exco negeri Selangor sempat datang menziarah dan memberi taklimat. Kami bertolak pulang pada sebelah petang. Tahniah kepada Sdr. Azizi, jurugambar dan pemandu yang berjaya mengemudikan kenderaan tanpa tidur.

No comments:

Post a Comment