August 14, 2009

Melawat Pihak Berkuasa Tempatan

Cyber Jaya-Banting, 21 Sya`ban=12 Ogos:

Lawatan audit ke Pihak Berkuasa Tempatan di Seluruh Selangor adalah merupakan tugas dipertanggungjawabkan kepada ADUN Bangi bersama enam yang lain dipengerusikan oleh YB Puan Haniza binti Mohamad Talha Timbalan Speaker. Jawatankuasa ini dikenali Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT). AJK ini dikehendaki melawat ke semua 12 PBT di negeri Selangor. Sejak perlantikan dibuat pada pertengahan tahun ini sebanyak 9 PBT telah dilawat. Biasanya bagi setiap hari lawatan melibatkan dua PBT. Misalnya pada Rabu 5 Ogos keluar pagi-pagi dari kawasan paling Selatan Negeri Selangor (Bangi) ke kawasan paling Utara Sabak Bernam bermesyuarat jam 9.30 pagi di Majlis Daerah Sabak Bernam sehingga 1.30 tengahari dan berkejar ke Kuala Selangor bermesyuarat dengan Majlis Daerah Kuala Selangor hingga jam 5.30 petang dan pulang sampai ke rumah maghrib. Terakhir kunjungan kami ke Majlis Perbandaran Sepang di Cyber jaya dan sebaik selesai bergegas ke Banting bermesyuarat di Majlis Daerah, Kuala Langat. Begitulah dengan PBT-PBT yang lain yang diadakan lawatan audit.

Tujuan JPK-PBT dilantik bagi mendapat taklimat dari YDP-YDP PBT-PBT tentang kemajuan, perancangan masa depan dan permasalahan yang dihadapi, termasuklah permasalahan kewangan. Setiap pertemuan dengan PBT diadakan oleh ahli-ahli majlis yang dilantik. Ahli-ahli JPK-PBT lebih dua sesi. Sesi pertama pertemuan dengan pihak pentadbiran, manakala sesi kedua ialah pertemuan dengan ahli-ahli majlis yang dilantik. Mereka diberi kebebasan menyuarakan pendapat dan masalah-masalah yang dihadapi. Kebiasaannya terlalu berbeza antara yang ditaklimat oleh pihak pentadbir dengan realiti yang dihadapi bersifat mendengar dan tidak berpihak. Rumusan akan dibuat dengan cadangan-cadangan bagi dikemukakan kepada pihak pemerintah negeri agar pembaikan dan prestasi PBT-PBT dapat dipertingkatkan.

No comments:

Post a Comment