May 19, 2009

BELIA 4B SUNGAI TANGKAS

Sungai Tangkas, Sabtu 16 Mei: Bertempat di Balai Raya Sungai Tangkas ADUN Bangi telah menyerahkan wang sebanyak RM1,000 kepada Ketua Belia Sungai Tangkas En. Shahrul Rizal untuk membeli pakaian persatuan silat. Kehadiran ADUN Bangi disambut dengan persembahan Seni Silat Kampar dari belia-belia. Turut hadir Ketua Kampung En.Abdul Hadi Husin.


Dalam ucapan aluan ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada Persatuan Belia 4B Sungai Tangkas yang begitu aktif memenuhi pengisian dengan aktiviti sosial yang berfaedah.


“Kaum belia mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap masyarakat. Mereka bakal memimpin dan mencorak kepimpinan masa depan. Pendedahan awal terhadap kemasyarakatan begitu penting sekali. Kita mengharapkan dari mereka ini akan lahir kepimpinan yang bersahsiah tinggi. Dalam memenuhi harapan itu pendidikan dan pembelajaran adalah elemen terpenting. Kerajaan negeri dalam agenda ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ telah mengadakan beberapa insentif ke arah itu seperti hadiah kemasukkan ke IPT. Kita di Bangi umpamanya memberi penghargaan yang tinggi dengan member hadiah galakkan kepada mereka yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Terbaru kita sedang berusaha untuk mengadakan tuisyen percuma kepada calon-calon SPM tahun ini.”


Selain dari menubuhkan pasukan seni silat Persatuan Belia 4B juga berhasrat menubuhkan pasukan kompang mereka sendiri.




No comments:

Post a Comment