April 2, 2009

PEMUDA PEMBERANI DAN MICKEY MOUSE

Isu demi isu terbongkar mengaitkan DS Khir Toyo yang berslogan ”Pemuda UMNO Pemberani” ini dijangka akan menutup mulutnya buat seketika atau barangkali untuk tempoh yang panjang lantas terus menguburkan karier politiknya. Bermula sebagai doktor gigi di Pekan Kajang, karier politiknya naik mendadak kerana tanpa diduga diberi kepercayaan mengalas jawatan yang ditinggalkan Dato’ Abu Hasan sebagai MB Selangor. Seperti MB UMNO Selangor yang lain, kerusi MB Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia begitu panas.

Bermula hikayat sebagai seorang yang pendiam menjelmakan sifat angkuh yang rupanya tersembunyi selama ini. Sifat terlalu yakin merautkan wajahnya. Satu demi satu kemungkaran dilakukan bermula dengan pembelian tanah’diskaun’ di Mutiara Bangi , pembinaan jalan ’elit’ dan seterusnya membarah ke Balkis. Kontrovesi juga diwujudkan pada wajah yang dikosmetikan menggunakan formula rahsia dari tempe menjadi bahan ’ngobrol’ dikalangan adik kakak maupun puteri. Jawatan pengerusi berbagai GLC Selangor yang mewah menjadikannya beraja dimata bersultan dihati.

Siapa sangka disebalik wajahnya yang sentiasa serious adalah peminat kartun. Diaturkan pakej ’lawatan teknikal’ ke Disneyland, Morocco dan Dubai belanjanya tak banyak RM 1.7 juta sahaja. Turut menumpang tuah menjadi jawatankuasa teknikal lawatan tersebut ialah anak, isteri bersama orang gajinya sekali.

Semoga coretan ini membawa iktibar pada kita menjadikan sesuatu yang baik sebagai teladan dan yang mungkar sebagai sempadan. Hendaklah diantara kita golongan yang sentiasa ingat mengingati dan berpesan.

”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” Al ’Ashr 1-3.

No comments:

Post a Comment