March 16, 2009

ANTARA PEMIMPIN DAN PENTADBIRAN

Satu fakta yang perlu diterima ialah Selangor kini dibawah kerajaan Pakatan Rakyat, bukan lagi bawah Barisan Nasional. Dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat kini diterapkan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Sedikit keresahan mungkin timbul pada segelintir yang melaksanakanya. Mungkin dulu politik wang dan kuasa pekara biasa bagi melicinkan pentadbiran. Budaya ini telah diasuh oleh pemimpin sebelum ini. Sebati menengelamkan lunas perkhidmatan yang sebenar.

Peristiwa ’cou de tat’ @ kudeta kerajaan Pakatan Rakyat di Perak seolah memberi mereka harapan baru dan kesaksian mereka mula tersasul. Mereka adalah musuh dalam selimut yang telah berdaki dengan kotoran.Daki yang ditinggalkan perlu dibersih adalah halangan utama bagi merealisasikan kerajaan berkebajikan Pakatan Rakyat.

Namun 50 tahun bukanlah masa yang singkat dan setahun bukan masa yang lama untuk mereka ditarbiahkan agar kembali pada perkhidmatan yang ikhlas, jujur serta komited. Jika kita ikhlas memimpin insya Allah jalan dihadapan kita semakin mudah untuk direntasi.

2 comments:

  1. Ya insya'Allah.

    Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  2. YB,
    Sesuai dengan nama Bandar Ilmu, ana ingin mencadangkan agar PAS Bangi mewujudkan Pusat Kecemerlangan Akademik yang memberi tuisyen percuma atau murah kepada pelajar-pelajar di Kawasan Bangi.
    Sumber untuk membiayai guru yang mengajar mungkin boleh diikhtiarkan oleh Kerajaan negeri atau badan2 koperat yang ada tanggungjawab sosial mereka.
    Tempat, mungkin boleh guna markaz PAS supaya memasyarakatkan PAS, menjinakkan orang kepada PAS. Kalau tak muat, mungkin guna balairaya, atau PKM supaya pusat itu beroperasi sepenuhnya dan dilihat berfungsi.
    Mungkin, usaha kita kerana Allah ini, dapatlah kiranya kita lahirkan an-nak cemerlang seperti Nik Madhihah.

    Cikgu Khuzairi, Bdr Seri Putra.

    ReplyDelete