February 8, 2009

TENTERA MUHAMMAD DI BANGI





Khaibar Khaibar ya yahuud jaisyu Muhammad saufa ya'uud(Ingat akan Khaibar ya yahudi tentera Muhammad akan kembali). Kata-kata ini bergema di Stadium Seksyen 15 Bandar Baru Bangi sempena program "Malam Save Gaza:Himpunan 10 ribu umat Bangi". Program dimulakan dengan solat Isyak berjemaah diikuti solat hajat. Ia adalah kemuncak pada program yang telah dilancarkan dua minggu sebelum ini.

Program yang dinaungi oleh YB ADUN Bangi dengan Persatuan Penduduk Bangi sebagai peneraju utama dengan kerjasama NGO seperti Aman Palestin,Jasa, Isma, Pembina, Karisma, Ampac, JIM, masjid dan surau sekitar Bandar Baru Bangi, peniaga dan persatuan pelajar dari ISIUKM dan KUIS.

Beberapa persembahan dari kumpulan Rabani, Marwan, Daie, Muadz dan pentomen dari KUIS disulam dengan pidato-pidato dari waqkil NGO, KAGAT, UMNO dan PAS. Kemuncak pidato ialah bila YB Dr. Salahuddin Ayub yang memberi jaminan bahawa setiap sumbangan yang diberikan akan disampaikan terus kepada Hamas bukan kepada Fatah/PLO. Ust. Asyraf Wajdi sebelum itu turut berucap bagi pihak UMNO.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dalam ucapan dibuat mensasarkan dana kutipan sebanyak RM 100 ribu. Dengan keprihatian yang tinggi sebanyak RM 158 ribu berjaya dikumpulkan tidak termasuk RM 15 ribu, kutipan bergerak pada malam ini. YB Dr. Shafie telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada wakil rakyat Gaza, En. Naj'l Al-Sarhi.

No comments:

Post a Comment