February 25, 2009

DOOLITTLE MENYERANG PAKATAN RAKYAT

Petikan dari BERNAMA bagaimana Left Kolonel James "Jimmy" Doolittle dari Amerika Syarikat melakukan serangan ke atas Jepun yang begitu menebal kepercayaan mereka pada kehebatan tentera Jepun dengan kamikaze mereka. Doolittle melakukan serangan psikologi yang mengakibatkan rakyat mula sangsi dengan kemampuan pucuk pimpinan mereka.

Demikian halnya apa yang sedang berlaku dinegeri Pakatan Rakyat. BN/UMNO sedar keyakinan rakyat setelah merasa tertipu selama 50 tahun menolak kerajaan BN. Untuk mendapat kepercayaan semula mereka perlu memperbaiki imej mereka yang telah hancur. Ini semestinya memerlukan masa yang panjang dan perubahan secara total. Langkah mudah adalah menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat dan dalam waktu yang sama terus menggunakan taktik lama iaitu menggunakan jentera kerajaan dan media masa.

Teringat kata-kata dari Almarhum Ustad Fadhil Nor - Sewaktu kita menyerang sebenarnya kita mendedahkan diri kita pada serangan. Beliau menceritakan kisah dari peperangan Uhud dengan mengambil iktibar pasukan memanah di atas bukit.

Begitulah yang terjadi pada mantan MB Selangor merangkap ketua pembangkang. Kenyataan akhbar dari YB Nik Nazmi, setpol MB Selangor yang mendedahkan siasatan keatas PNSB mendedahkan penyelewengan Khir Toyo dalam urusniaga bernilai RM 25.6 juta. Diulangi sekali lagi RM 25.6 juta yang semsetinya adalah duit rakyat Selangor.

Dengan kenyataan ini kelebihan pada pihak lawannya terutama dari YB Khairy Jamaluddin yang berani menyahut cabaran Pemuda PAS untuk berdebat mengenai PPSMI. Manakala YB Mukhriz bersikap 'play safe' kerana 'rangking'nya yang teratas.

Ataupun UMNO ini jenis puak yang tuli dan buta. Terus memilih pemimpin dikalangan mereka yang terang membaham duit rakyat.

1 comment:

  1. "Sewaktu kita menyerang sebenarnya kita mendedahkan diri kita pada serangan"

    Apa kata kita buat macam Wing Chung atau Jeet Kun Do tu: Ada penahanan dalam serangan; ada serangan dalam penahanan. There is defense in attacking; there is attack in defending.

    Tapi ye lah kan, cakap memang senang :o)

    ReplyDelete