January 30, 2009

SIAPA HAMAS DAN SIAPA FATAH


Fatah ialah Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin ditubuhkan oleh Yasser Arafat dan Khalil al-Wazir pada 1960 di Algeria.

Hamas ialah Harakat al-Muqawamat al-Islamiyyah ditubuhkan oleh As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin, As-Syahid Abdel Aziz al-Rantissi dan Mohammed Taha pada permulaan Intifada sekitar April, 1993.

Perjanjian Camp David telah memecahbelah masyarakat Palestin kerana pemimpin Palestin terpaksa mengiktiraf kedaulatan Israel.

Perang tercetus antara Hamas dan Fatah pada Dis 2005. Walaupun persenjataan fatah dengan bantuan taktikal dari Israil dan kewangan dari Amerika(59 juta US) namun dengan pertolongan Allah Hamas lebih cemerlang. Jun 2007 Israil memulakan kempen menyerang Gaza. Jun 13 Hamas berjaya menguasai utara Gaza dan Rafah dari Fatah. Semenjak itu Israil telah menutup semua mintu masuk ke Gaza menjadikan Gaza seperti sebuah penjara terbuka.

Demokrasi direngut.
April 2006 Hamas memenangi pilihanraya tempatan dengan menguasai 76 daripada 132 kerusi mengalahkan Fatah kerana kebanyakkan pemimpin Fatah terbabit dengan rasuah dan tidak efisen. Kemenangan ini tidak diiktiraf oleh jaguh demokrasi dunia, Amerika, Kesatuan Eropah, sesetengah negara Arab dan semestinya Israel.

Terkini utusan Obama untuk Timur Tengah George mitchel enggan menemui Hamas. Ismail Haniyah, perdana menteri Palestine mengingatkan Obama agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pernah dilakukan oleh Bush.

(Hulurkan bantuan anda kepada pihak yang benar-benar mempertahankan Gaza.)
Save Gaza
- Portfolio Media, Mini Kabinet ADUN Bangi

6 comments:

  1. Salam'

    JIkalau di Malaysia Fatah diibaratkan UMNO, manakala HAMAS itu adalah PAS. Mana mungkin perjuangan diatas kebangsaan dengan meminggirkan Islam mendapat nasrah Allah.

    ReplyDelete
  2. W/Salam
    Terima kasih kerana memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat.

    ReplyDelete
  3. Satu ulasan menarik, saya suka, bermaklumat biar semua orang tahu kelainan Fatah dan Hamas

    ReplyDelete
  4. salam :)
    boleh tak nak copy artikel ni utk pengetahuan umum? :)

    ReplyDelete
  5. memang baik mengenal hamas dan fatah. tetapi perbandingan antara umno dan pas tu kurang cerdik pada saya. Berjuang atas sebab bangsa memang juga tidak betul kerana Rasulullah juga memberikan amaran pada orang2 yang bersikap assabiyah..tetapi khusus yg dicontohkan rasulullah ialah lebih kepada sikap berpuak2 dan meletakkan kuasa pada puak tertentu khususnya di arab. kerana orang2 arab memang sukar utk menerima satu orang/puak mewakili semua arab itu hakikat. Namun orang2 melayu berbeza kerana secara umumnya melayu itu sama...tetapi bila kita pecahkan melayu kepada melayu jawa..melayu kelantan...melayu terengganu maka itu seperti assabiyah...dan ini juga hakikatnya terjadi dimalaysia...kita perlu juga lihat..orang melayu cukup lantang bercakap...tetapi kita x gunakan kelantangan pada musuh yg betul...kita berani melantangkan suara pada sesama bangsa yg seagama dan bersikap lemah lembut kepada bangsa lain dan juga tidak islam...adkah itu betul? adakah itu ajaran islam? Saya islam dan saya sayang bangsa saya dan tempat lahir saya...itu tidak salah..kerana Rasulullah juga sayang pada bangsanya dan tempat lahirnya iaitu mekah..jadi kita samalah bersatu atas dasar islam yang betul...saya menyeru ulama2 mengeluarkan kemaafan kerana tidak menegur umno dengan cara yang betul..dan saya juga menyeru umno supaya jangan ego pada orang yg memohon maaf. Agama Islam adalah satu. dan kita semua datang dari diri yang satu yang diperkuatkan islam ini dengan ukhwah. bukan dengan berperang mulut caci.mencaci...hina menghina...x perlu hujah siapa buat dulu..tapi hujahkan kenapa kita perlu ikut hawa nafsu walaupun dalam menyampaikan kebenaran dan nasihat? Adakah kita tidak baca surah wal Asr? berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran.....saya tak pandai..tapi saya yakin Allah mudahkan jalan kepada orang2 yang tidak ego dan tidak keakuan. Janganlah kalian mengikut hawa nafsu. Saudara kita berperang kita sibuk pertahankan orang pasal isu seksnya. Nauzubillah....marilah kita.bersatu semula dalam satu jalan...tali Allah yang satu dibawah naungan satu panji La ila ha illallah.
    .Muhammadarasulullah....

    wassallam

    Mohamed "Faisal" Husaini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah jawapan yg tebaik yg mmg ptut diberikan oleh org islam di malaysia. Saya sgt setuju dan mengiakan segalanya.

      Delete