January 26, 2009

MAKKAL PONGGAL DI WEST COUNTRY



Masyarakat India dari Semenyih, Bangi Lama, Kajang berkumpul di West Country, Seksyen 5 Bandar baru Bangi untuk merayakan Makkal Ponggal. Menurut En. Sam, Ketua kelab Penyokong PAS budaya perayaan ini diadakan dengan menggunakan hasil tuaian pertama padi untuk dimasak ponggal. Beras dimasak bersama susu segar, gula pasir, gula merah dan sedikit herba. Acara yang diadakan ialah memecah periok belanga, mewarna, tarik tali dan basikal lambat. Simbolik kepada perayaan ini adalah untuk menghargai golongan pekerja(petani) yang bekerja keras untuk memakmorkan negara. YB Dr. Shafie yang turut hadir mengucapkan tahniah pada pihak penganjur kerana berjaya menghimpunkan ramai masyarakat India di bangi. Turut hadir ialah Hj. Shafie Ngah(ahli majlis MPKj), Tn Hj. Nik Pa(NYDP PAS Serdang) dan En. Ali (Ketua PKR Seksyen 5)

No comments:

Post a Comment