January 12, 2009

CHIGONG VS CHIKUNGUNYA




Senaman 'Chigong" dengan 5 jurus memulakan kempen "Bangi Bandar Bersih dan Sejahtera". Turut hadir ialah Yang Dipertua MPKj, Dato' Hassan, Pengurus Wilayah Alam Flora, MP Hulu Langat Dr Che Rosli dan ahli-ahli majlis MPKj.

Menurut penyelaras program En. Sharom ,"Kempen ini akan berterusan selama setahun meliputi semua kawasan di Bangi. Program akan dijalankan pada setiap bulan lokasi akan ditentukan kemudian mengikut persetujuan jawatankuasa tempatan."

Dengan acara simbolik penyerahan perkakasan kepada setiap ahli majlis maka program"Bersih" akan diteruskan disemua zon dalam MPKj. Apakah kempen ini hanya retorik? Terpulang kepada anda untuk menentukan. Satu faktor yang perlu kita renungkan ialah - kenapa orang sekarang tidak suka menghadiri program gotong-royong tak macam dikampung.

1 comment:

  1. Cadangkan buat setiap pagi Ahad lepas kuliah

    ReplyDelete