December 11, 2008

SPIES BELIA?

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2007 mendapati majoriti golongan remaja tidak ambil peduli tentang politik(siasah) negara. Mereka seolah mengamalkan kehidupan dalam kelompok yang tersendiri. Tiada pengecualian pekara ini di Bangi. Cuma dengan kelebihan ”tetamu ilmu” yang melimpah di Bangi Bandar Ilmu sedikit sebanyak memberi sinar harapan bahawa mereka tidak dikesampingkan. Ramai yang ingin tahu peranan mereka dalam masyarakat. Pertanyaan yang selalu dipersoalkan ialah : Apa itu SPIES?
Maka di sini diperturunkan sedikit maklumat mengenai SPIES.

Golongan Belia merupakan golongan masyarakat yang mempunyai tenaga, akal, kemahiran serta emosi yang boleh dibangunkan secara lebih berkesan seiring dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor 2008 -2013. Program SPIES Belia ini telah direncanakan berasaskan konsep pembangunan keupayaan Spiritual (Rohani), Physical (Jasmani), Intellec-tual (Akal), Emotional (Emosi) dan Social (Sosial) bertujuan untuk melahirkan insan yang cemerlang secara holistik dimanifastasikan secara zahir melalui keberkesanan atau kecekapan sosial – berkesan dalam perhubungan antara individu (interpesonal), bertindak secara menang-menang (win-win), mengurus konflik dengan baik, sebagai pemangkin perubahan atau dapat mendorong orang lain untuk menjadi golongan masyarakat yang lebih baik. Matlamat program ini adalah untuk menyedarkan golongan belia supaya melihat tujuan dan matlamat hidup ini secara lebih menyeluruh (the big picture), bukannya sebagai anakmuda yang mengamalkan kehidupan dalam kelompok yang tersendiri (own circles of friends) tanpa ada kaitan dengan orang lain .

No comments:

Post a Comment