October 24, 2008

Lagi gambar raya





gambar raya





Coretan raya di Bangi

Pada tanggal 26 Syawal berlangsung majlis sambutan eidul fitri peringkat ADUN Bangi. Majlis bermula jam 11 pagi berlanjutan ke 3 petang. Format yang digunakan sama seperti tahun-tahun sudah. Setiap cawangan PAS harus menyediakan sendiri juadah yang telah ditetapkan. Sedikit perbezaan dari tahun lepas kali ini ada subsidi dari peruntukkan ADUN bagi melancarkan sedikit bajet yang diperlukan. Tidak banyak sekitar RM 20 ribu dengan kunjungan sekitar 8 ribu orang. Menu gulai kawah, kari kambing, lemang, roti canai, laksa, nasi impit, mihun, kuih muih, bubur kacang dan buah-buahan. Tidak ada sate juga ayam golek atau kambing panggang yang menjadi lambang kemewahan sesuatu majlis.

Bagaimana dapat angka kehadiran 8 ribu orang? Berdasarkan kehadiran yang bertali arus dan bekas makanan (polistrin) yang digunakan juga bajet menu makanan yang tinggal selepas jamuan. Tetamu yang datang lewat sekitar jam 3 petang cuma tinggal sedikit juadah yang sebenarnya telah diasingkan buat menunggu kehadiran rombongan dari Tuan Guru Haji Hadi yang khabarnya akan sampai dari Johor sekitar jam 4 petang.

Beberapa peristiwa menarik untuk dikongsi bersama.

3 pimpinan PR raya di bangi