May 29, 2008

Malaysia ke arah pemerintahan 2 parti


Malaysia ke arah sistem pemerintahan 2 parti dengan rentak tari rakyat.

Di bawah kesedaran Malaysia sebenarnya sedang mempratikkan sistem pemerintahan dua parti seperti di negara barat. Dalam kes di Malaysia, PAS tidak boleh hanya menjadi sandaran pada orang Melayu sahaja bahkan perlu merangkumi semua bangsa di Malaysia. Ini memberikan kuasa penuh kepada rakyat tanpa mengira kaum untuk mencorak pemerintahan pada masa hadapan. Tsunami politik 8 Mac telah mengajar pimpinan PAS tentang harapan kaum selain Melayu terhadap PAS dan kini tiba masanya untuk pimpinan PAS membalas pengharapan mereka itu. Politik perkauman yang sempit harus dirungkaikan dan PAS telah memulakannya dengan meletak calon bukan Islam bertanding di Johor. Kemungkinan pada masa akan datang lebih ramai calon bukan Islam akan dipilih untuk mewakili PAS dalam pilihanraya.

May 26, 2008

BOLASEPAK 9 SEBELAH



KEJOHANAN BOLSEPAK 9 SEBELAH ADUN BANGI

Kejohanan berlangsung selama 2 hari bermula pada 24 dan 25 Jun bertempat di Stadium MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Dua kategori dipertandingkan iaitu pasukan bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun.

Menurut Hj. Abdul, pengarah program ini adalah kesinambungan kejohanan ‘street soccer’ yang telah diadakan sepanjang tahun 2007 diberbagai tempat dalam kawasan Bangi.

“Banyak komen yang diperolehi dari kejohanan sebelum ini. Keadaan padang yang kecil dan tidak sempurna umpamanya. Kali ini peserta lebih puas kerana padang yang besar. Namun kita melihat mereka ini kekurangan dari segi stamina dan untuk melihat perkembangan mutu bolasepak mereka sepatutnya diberi banyak peluang untuk bermain di padang yang standard dan itulah objektif kita mengadakan kejohanan seperti ini”.

Sebanyak 56 pasukan telah menyertai kejohanan ini iaitu 32 pasukan bawah 15 tahun dan 24 pasukan bawah 12 tahun. Wang tunai sebanyak RM 500 untuk johan dan RM 300 untuk naib johan serta RM 100 untuk tempat ke-3 dan ke-4 menjadi rebutan untuk setiap kategori.

Pasukan dari Cheras Perdana, Junior FC telah berjaya menjuarai kejohanan bawah 15 tahun mengalahkan pasukan Maracana FC melalui tendangan panelti setelah perlawanan keputusan seri tanpa jaringan. Sementara pasukan Intergrasi FC terus unggul mengalahkan pasukan Reko Junior FC untuk membawa pulang wang tunai RM 500 bagi kategori bawah 12 tahun. Hadiah disampaikan oleh ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar.

May 24, 2008

APA TINDAKAN KITA?

242 budak hilang Jan-Mac ,
Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan hanya 114 kanak-kanak berjaya ditemui semula, kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Datuk Dr Ng Yen Yen berkata, 1,168 kes budak hilang dilaporkan tahun lepas, manakala 1,478 kes pula pada 2006. Secara purata 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan.

Apakah tindakan kita?

May 23, 2008

Majlis Pecah Tanah



Majlis telah disempurnakan oleh YB Dr Shafie sebagai simbolik kepada program menghijaukan kawasan Sungai Ramal. Di dalam program tersebut, penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan-kawasan yang terbiar dan kotor.

May 20, 2008

Ijtimak PAS Selangor 2008

Shah Alam(19 Mei 2008), Ijtimak PAS Selangor kali ke 18 telah diadakan di Auditorium Kompleks Belia & Sukan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

"Sekeping Gambar Seribu Erti" YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi di majlis Ijtimak PAS Selangor di Shah Alam. Makan tengahari bersama-sama peserta ijtimak yang lain tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Mesra dan rendah diri menjadi amalan YB.




Timbalan Ketua Dewan Pemuda Kawasan Serdang sdr Adram Musa turut mengambil kesempatan untuk berucap dalam sesi perbahasan.





May 19, 2008

SUKAN PASTI 2008

PASUKAN PASTI INGIN MENCABAR MU!
Dalam tempoh 20 tahun lagi mampukah mereka menjadi pasukan utama dari Malaysia yang mendominasi sukan bolasepak seterusnya mencabar kelab ternama dunia, Manchester United?

Insya Allah segalanya berkemungkinan dengan iltizam yang tinggi.
Menurut pengerusi PASTI Serdang, Hj. Shahrulnizam sukan bola sepak dan bola jaring peringkat Serdang ini diadakan bagi mencari pemain bagi mewakili kawasan Serdang diperingkat negeri yang akan diadakan pada 14 Jun tahun ini. Kawasan Serdang dan Puchong akan menjadi tuan rumah.

"Pada tahun lepas pasukan Serdang berjaya mengondol naib johan peringkat Selangor dan pada tahun ini kita mengharapkan selaku tuan rumah kita berharap dapat memperbaiki kedudukan itu".
Sdr. Zulkifli selaku pengarah temasya berpuas hati dengan penyertaan kali ini.
"Temasya ini disertai oleh 12 buah PASTI dan terdapat peningkatan dari segi mutu permainan .Kehadiran ibu bapa pula rasanya lebih ramai tahun ini berbanding tahun lepas. Mungkin faktor kemudahan stadium MPKj yang begitu selesa".

Mampukan PASTI Impian Ehsan mengekalkan kejuaraan untuk kali ketiga berturut-turut?
Meninjau persiapan rapi dengan komitment serta kerjasama guru, ajk dan ibu bapa memperlihatkan mengapa pasukan ini begitu disegani. Sdr. Azmale pengurus pasukan yakin mereka mampu melakukannya. Bagai mana pula PASTI ABQORI yang dilihat begitu menyerlah sepanjang temasya ini. Sewaktu berita ini ditulis perlawanan masih berlangsung. Sila dapatkan keputusan perlawanan dengan menonton di : worldtv.com/rjtv.

-MEDIA Bangi.









May 16, 2008

SIAPA LESUNG, SIAPA ALU DAN SIAPA AYAM?

Jangan kita menjadi seperti lesung dan alu, yang kenyang ayam'

Media perdana dilihat cuba melaga-lagakan barisan Pakatan Rakyat bagi menimbukan rasa resah dan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung kerjasama Pakatan Rakyat, khususnya antara PAS dengan DAP.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat perlu bijak menilai segala berita atau cubaan yang dibuat media perdana bagi memburukkan kerjasama antara Pakatan Rakyat.

May 12, 2008

Makkal Sakti : Kelab Penyokong Pas Serdang

Bangi, West Country : 11 Mei 2008 / 12 Jamadil Awal 1429
Kaum India yang sinonim dengan MIC atau BN telah melakukan perubahan besar dalam pilihanraya ke-12 dan menjadi antara sebab utama 5 buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Media utama selama ini telah memberikan gambaran negatif terhadap PAS dan ini telah menimbulkan fobia dikalangan kaum India. Tanggapan bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstrim dan taksub pada agama ternyata meleset bila mereka melihat dan diberi kefahaman yang ikhlas akan kerajaan PAS di Kelantan.

Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi dalam ucapan aluan sempena majlis penubuhan Kelab Penyokong PAS Kawasan Serdang turut menyarankan agar perbezaan fahaman agama dan budaya antara kaum dijadikan titik tolak untuk kita semua memahami dan menghormati kaum lain.

Kelab Penyokong PAS kawasan Serdang yang mempunyai keahlian 300 orang akan digunakan sebagai platform merangka kerjasama pembangunan kaum India disekitar kawasan.

En. Selvadurai, mantan jawatankuasa PPP menyatakan rakyat Malaysia berhak dibela tanpa mengira kaum dan PAS terbukti memperjuangkan nasib semua kaum dan bukan untuk orang Islam sahaja. Kerajaan PAS di Kelantan telah menyumbang RM 200 ribu bagi pembinaan sebuah kuil berbanding kerajaan BN Selangor yang meroboh kuil sedia ada.

May 2, 2008

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH ADUN BANGI

Kepada yang berminat, sila download borang penyertaan [klik sini] dan setelah selesai mengisi borang, hantar ke pas_serdang@yahoo.com sebelum tarikh tutup peraduan.

Tarikh : 24 – 25 Mei 2008 (18 – 19 Jamadilawal 1429H)
Hari : Sabtu – Ahad
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.


>>Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. << Dibahagikan kepada 2 kategori:
* Bawah 12 tahun
*
Bawah 15 tahun.

Hadiah :
Johan : RM500
Naib Johan : RM 300
Tempat ke 3 dan ke 4 : RM100
Setiap bantahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 15 minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat.